Press Releases   
  Maestro Talent & Management Achievements
  Latihan Seni Persembahan bagi Artis-Artis Naungan Maestro Talent & Management Sdn Bhd dengan kerjasama Linda Jasmine Performing Arts Studio
  FARAH "ANTARA DUA," TERBITAN: MAESTRO RECORDS

Maestro Talent & Management Achievements
 
Concerts & Events:
1. Siti Fantasia Tour 2004
2. Petronas Merdeka Countdown
3. AF2 Reunion Concert
4. Mini Concert AF2
5. AF2 Concert in Brunei
6. Konsert Luxor Akademi Fantasia
7. Konsert Akademi Fantasia Bintulu
8. Akademi Fantasia Tour 2005


Latihan Seni Persembahan bagi Artis-Artis Naungan Maestro Talent & Management Sdn Bhd dengan kerjasama Linda Jasmine Performing Arts Studio
 
Maestro Talent And Management Sdn Bhd dengan kerjasama Linda Jasmine Performing Arts Studio telah menyediakan beberapa bentuk kelas latihan Seni Persembahan untuk artis-artis di bawah naungan Maestro Talent. Antara kelas-kelas tersebut ialah Kelas Vokal, Kelas Bahasa Inggeris, Kelas Tarian, Kelas Seni Persembahan, Kelas Penampilan Diri, Kelas Motivasi disamping kelas Pengendalian Media.

FARAH "ANTARA DUA," TERBITAN: MAESTRO RECORDS
 
Kemunculan Farah dalam persada muzik tanah air membawa satu nafas baru dalam seni suara tanah air dengan kebolehannya menyampaikan lagu-lagu yang bernada tinggi. Keupayaan Farah selama 10 minggu di dalam Akademi Fantasia membuktikan keupayaan beliau untuk menyanyikan lagu yang pelbagai irama dan rentak.

Usaha beliau nyata di beri perhatian apabila di nobatkan sebagai Artis Harapan Anugerah AIM 2005. Persaingan untuk anugerah tersebut mencipta sejarah tersendiri apabila kelima-lima calon adalah artis dari Akademi Fantasia. Walaupun Farah menduduki tempat ke empat semasa pertandingan AF 2004 ,yang menyerahkan sepenuhnya pengadilan kepada SMS dari penonton AF, tetapi di dunia nyata peminat dan pengkritik muzik menilai keupayaan seseorang artis melalui lagu atau albumnya.

Ternyata penghayatan dan persembahan Farah mendendangkan lagu “Tangisan Dalam Kerinduan” ciptaan Adnan Abu Hassan membawa Farah ke tahap yang lebih tinggi dan di segani oleh karyawan seni tanah air. Kekuatan Farah yang sedia ada ialah keupayaannya mencapai tahap vokal range F- Sharp yang di miliki oleh segelintir penyanyi tanah air mahupun dunia. Contoh paling ketara ialah Mariah Carey dan Aishah .Apa yang mengkagumkan ialah Farah masih berusia 20 tahun dan adakala keupayaan vokal beliau melepasi F Sharp dan hampir ke Note G. Walaupun bernada tinggi, keupayaan Farah untuk mengekalkan kemerduan dan kelunakan amat sukar kerana jika tanpa bakat semula jadi ianya boleh di dengari seperti “menjerit” ataupun” berbunyi falsetto”.

Keratan pertama ialah lagu berjudul “Jalan Terakhir” yang menyaksikan kehebatan Farah mendendangkan lagu bernada tinggi yang sudah tentunya mencabar keupayaan vokal range F-sharpnya itu. Lagu ciptaan Adnan Abu Hassan ini di jangka menjadi single ketiga dan mendapat tempat di corong-corong stesen radio.

Keratan kedua ialah sebuah lagu rancak yang kini menjadi siulan peminat muzik “Antara Dua”. Lagu ini telah membuat kejutan apabila terus masuk ke posisi # 9 Carta Era dan terus berada di dalam Carta Top 10 sejak dari itu. Lagu ini menggabungkan rentak dan irama dance Euro ala Britney Spears dengan di padankan alunan gitar rock oleh Eddie Marzuki

Keratan Ketiga ialah lagu balada “Usah kau Berpaling” hasil ciptaan Sharon Paul yang sekali lagi mengeksploitasikan keupayaan farah mencapai nada F Sharpnya. Lagu ini juga pasti meruntun jiwa pendengar dengan melodinya yang begitu syahdu lagi merdu. Ini di ikuti pula oleh “Menari Bersamaku” ciptaan Audi Mok. Lagu ini sekali lagi membawa aliran baru seperti ‘Antara Dua” yang mana elemen Euro-dance di padankan dengan rentak a-go-go dan rock.

Lagu seterusnya ialah lagu yang membawa Farah ke tahap popularity kini iaitu “Tangisan Dalam Kerinduan”. Lagu ciptaan Adnan Abu Hassan inilah yang berjaya melakukan transisi Farah dari artis realiti TV kepada penyanyi yang berwibawa.

Lagu rancak menyusuli berikutnya dengan irama rock retro “Mengejar Pelangi” . Lagu rock ini merupakan penghormatan Farah terhadap ratu-ratu rock tanah air seperti Ella dan Shima dan juga idola Farah sendiri iatu Nicky Astria. Para peminat muzik rock pasti akan terhibur dengan lagu ini. Yang menjadi pasti lagu ini akan menghangatkan suasana semasa konsert nanti.

Konsep selang seli ini di teruskan dengan lagu balada oleh Sharon Paul berjudul “Milikmu Sepenuhnya”. Komposisi dan runutan bunyi untuk lagu ini menggunakan elemen orchestral dan alunan iramanya di pergunakan untuk membentuk vokal Farah dari key rendah dan secara perlahan-lahan memuncak ke tahap kupayaan maksima vokal Farah.

Untuk mengimbas kembali kehebatan Farah sewaktu bertanding di Akademi Fantasia maka lagu medley “Mengapa” (dendangan asal Nicky Astria) dan “Janji Manismu” (nyanyian asal Aishah) di sajikan.

Album ini berada di pasaran sejak 30 hb Mei lagi dan harga jualannya ialah RM 16.80 untuk kaset dan RM 21 untuk CD.
@Copyright Maestro Talent And Management Sdn Bhd (622782-W) 2003. All rights reserved